Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi - Atlet Cemerlang IPT

Biasiswa ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Penerima Biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak. Permohonan dibuka secara atas talian bermula pada 25 May 2021 sehingga 08 Jun 2021.


 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan :

1.1 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana/ Dr. Falsafah)

1.2 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama

1.3 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma

  1. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.
  2. Tidak menerima sebarang tajaan/ biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/ swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
  3. Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/ berpendapatan tetap.
  4. Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.
  5. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :    

    6.1 Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara (perlu lampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara) pada  semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti  pengajian di IPT.

    6.2 Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.

  6. Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang  diiktiraf atau PINGAT EMAS di Sukan Institusi pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.

  7. Bagi penawaran tahun ini, atlet yang mewakili Negeri ke kejohanan kebangsaan atau SUKMA 2022 adalah layak untuk mengemukakan permohonan.

 

ELAUN DAN KEMUDAHAN

  1. Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
  2. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
  3. Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan.

    Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa) RM 12,000 setahun /
    RM 6,000 satu semester
    Kategori 2 (Atlet Senior/ Junior Antarabangsa) RM 3,000 satu semester
    Kategori 3 (Atlet Kebangsaan) RM 3,000 setahun /
    RM 1,500 satu semester
  4. Perlindungan insuran sukan.

 

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi Kementerian di url https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/ daripada 25 Mei hingga 8 Jun 2021.
  2. Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA dan DIWAJIBKAN memuat naik Surat Tawaran Pengajian.
  3. Pemohon perlu memuat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negeri atau Majlis Sukan Negara sekiranya ada.
  4. Pemohon perlu mencetak salinan permohonan sebaik sahaja melengkapkan permohonan.
  5. Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa bersama SATU (1) salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan IPT dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
  6. Permohonan yang tidak lengkap adalah tidak layak dipertimbangkan.

 

 

 

TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan            : 28 Mei 2021
  • Tarikh tutup permohonan           : 8 Jun 2021

PERTANYAAN

PUTRAJAYA CAMPUS

Mr. Muhammad Uzair Bin Mohd Yunos
T : +6010-218 2249
E : uzair@uniten.edu.my

Ms. Nor Azira Bte Razalli
T : +6019-339 8810
E : norazira@uniten.edu.my