FWD Takaful Scholarship 2021


 

  • FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
  • Ia adalah unit perniagaan Takaful Kumpulan FWD (“FWD”) - yang merentasi Hong Kong & Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun dan Malaysia; menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, pelan perlindungan pekerja, pelan perlindungan Shariah dan Takaful keluarga merentasi beberapa pasarannya.
  • FWD menumpukan usaha untuk mencipta pengalaman pelanggan yang baru dan menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang didorong oleh pelanggan ini, FWD mensasarkan untuk menjadi peneraju insurans Asian yang mengubah pandangan terhadap insurans.
  • Ditubuhkan di Asia pada tahun 2013 dengan matlamat sebagai perintis, FWD adalah perniagaan insurans utama kumpulan pelaburan, Pacific Century Group. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fwd.com.my.

FWD Takaful menawarkan program biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5000 atau dalam golongan B40 yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Program biasiswa ini akan membiayai sepenuhnya pengajian untuk tempoh 4 tahun (termasuk pra-universiti bagi pelajar lepasan SPM) di universiti yang tersenarai. Tujuan biasiswa ini bertujuan untuk membolehkan pelajar yang cemerlang dalam pengajian mereka mendapatkan kemahiran dan pengetahuan yang lebih mendalam. Kami
menggalakkan dan mendorong pelajar-pelajar ini untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Takaful/Insurans, Syariah, Kewangan/ Kewangan Islam, Teknologi Maklumat dan Sains Aktuari.

Bagi menjamin peluang pekerjaan setelah tamat program biasiswa dan pengajian, penerima biasiswa perlu berkhidmat dengan FWD Takaful bagi tempoh 3 tahun. Calon yang berjaya akan diberi perlindungan takaful dan seorang mentor sepanjang tempoh biasiswa ini berlangsung.

 

SYARAT PERMOHONAN :

  1. Umur 21 tahun ke bawah pada Januari 2021.
  2. SPM / Percubaan SPM : Minima 5A, termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik. Pemohon yang memiliki keputusan percubaan SPM yang memenuhi kriteria di atas digalakkan untuk memohon. 
  3. STPM : Lulus Kertas Pengajian Am dan minimum PNGK 3.50
  4. Penyertaaan Karangan : Pemohon perlu menyerahkan karangan tulisan tangan sebanyak 500 jumlah patah perkataan untuk menjelaskan :
    • Sebab-sebab memohon biasiswa ini
    • Manfaat yang akan diperolehi daripada pengajian yang dipilih
    • Rancangan pengajian dan kerjaya pemohon

 

BIDANG PENGAJIAN

KRITERIA TAMBAHAN

Pemohon perlu berjaya mendapat tempat di institusi tempatan daripada senarai universiti yang diluluskan, untuk melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang seperti di bawah.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pemohon tidak boleh menerima biasiswa/ bantuan kewangan daripada badan atau organisasi lain.

 

 

 
atau muat turun dokumen disini.

TARIKH PENTING

22 Februari 2021 hingga 7 Mei 2021

 

PERTANYAAN :

Sila layari laman web kami di www.fwd.com.my
Email: scholarship.my@fwd.com atau rosma.azid@fwd.com
Hubungi: 1300 13 7988 atau 012 650 9275 (Rosma Abd Azid)