MARA Graduate Excellence Programme (GrEP) 2022


MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Universiti Tenaga Nasional kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.


PROGRAM YANG DITAWARKAN

  • Sarjana Kejuruteraan Elektrik
  • Sarjana Kejuruteraan Awam
  • Sarjana Sains Industri
  • Sarjana Teknologi Maklumat
  • Sarjana Sains (Perakaunan) | KSHAS
  • Sarjana Sains Kewangan | KSHAS
  • Sarjana Sains Dalam Pengurusan | KSHAS
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan
  • Sarjana Pengurusan Kejuruteraan
  • Sarjana Kejuruteraan Struktur
  • Sarjana Pengurusan Tenaga
  • Doktor Falsafah (Kejuruteraan)
  • Doktor Falsafah Sains Industri
  • Doktor Falsafah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat Umum

  1. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang .
  2. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  3. Had umur pemohon pada 31 Disember 2022.
    - Sarjana (tidak melebihi 40 tahun) & Doktor Falsafah (tidak melebihi 45 tahun).
  4. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  6. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  8. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  9. Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

Syarat Akademik

  1. Sarjana
    Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.
  2. Doktor Falsafah (PhD)
    Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya.
  3. Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

SYARAT PROGRAM

  1. Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.
  2. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  3. Mendapat tawaran pengajian daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
  4. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  5. Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja.

TEMPOH PINJAMAN

Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut

  • Sarjana : 2 tahun
  • Doktor Falsafah : 4 tahun

PERMOHONAN

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA https://www.mara.gov.my/en/graduate-excellence-programme-grep-2022_eng/   mulai 1 April 2022 sehingga 15 April 2022.


Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Dokumen sokongan di dalam sistem perlulah dimuatnaik dalam satu (1) fail PDF sahaja.

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.





PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN

Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA

21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Telefon                : 03-2613 2090 / 2106 / 2083
Emel                      : grepdn@mara.gov.my

 

ATAU

 

UNIT BANTUAN KEWANGAN, UNITEN

Kaunter 3, UNITEN Customer Centre, UNITEN

Talian Telefon : 03 -89212020 ext 2156

Alamat Emel : En. Uzair- uzair@uniten.edu.my atau En. Khairil Ezzham - Ezzham@uniten.edu.my