MARA Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2022)


MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar lepasan asasi / STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

 PROGRAM YANG DITAWARKAN

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem & Rangkaian) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sistem Maklumat) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Media Visual) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Grafik & Multimedia) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Tenaga) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Bisnes Antarabangsa (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan dan Teroka Niaga

SYARAT AKADEMIK

Pelajar Baharu

  • Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf;
  • Telah mendapat tawaran dan mendaftar di UNITEN bermula Januari 2022.

Pelajar Sedia Ada

  • Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
  • Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.

Lain-Lain Syarat

  • Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.

SYARAT UMUM

1. Warganegara Malaysia.

2. Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera.

3. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:

Kategori Kelayakan Pendapatan Bulanan Pendapatan Bercukai Tahunan
Yuran Elaun Sara Hidup RM12,000 dan ke bawah RM150,000 dan ke bawah
Yuran sahaja RM12,001 – RM20,000 RM150,001 – RM250,000

 

4. Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenarai hitam oleh MARA.

5. Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.

6. Bagi pemohon yang mempunyai masalah kesihatan,pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doctor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.

7. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

 

PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan: http://www.mara.gov.my/ bermula 31 Mac (Khamis) hingga 15 April 2022 (Jumaat).
  • Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi.
  • Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
  • Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.





Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang ditetapkan. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.


TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan - 31 Mac 2022.
  • Tarikh tutup permohonan - 15 April 2022.


LAIN - LAIN

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian

03-2613 2051 / 2024 / 2518 / 2059 / 2100 / 2069 / 2070 atau email tesp@mara.gov.my