Pembiayaan Pendidikan Negeri Selangor


PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA (PBUDN)

SYARAT AM
1.

Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN

2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR)
4. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.
5. Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.
6. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
7. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)
8. Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).
9. Sila sertakan SALINAN SIJIL LAHIR PEMOHON, SALINAN MY KAD PEMOHON, BAPA DAN IBU, SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH (RENDAH DAN MENENGAH), SALINAN KEPUTUSAN SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA (mana yang berkaitan).
10. SALINAN SLIP GAJI TERKINI (ibu dan bapa/penjaga), PESARA sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika BEKERJA SENDIRI/TIDAK BEKERJA/SURI RUMAH sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN (Disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)
11. Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan PENGESAHAN MASTAUTIN yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)
12. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
13. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.
14. Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian / online dalam tempoh DUA MINGGU selepas TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

 

SYARAT AKADEMIK

i.

Sijil
- Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).
- Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).
ii. Diploma
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
- Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
iii. Ijazah Sarjana Muda
- Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
iv. Ijazah Perubatan
- Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.
KADAR PEMBIAYAAN
PERINGKAT PENGAJIAN

IPTA/IPTS

(Kadar Setahun)

Sijil RM 4,000.00
Diploma RM 8,000.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar) RM 10,000.00
Perubatan dan Pergigian RM 12,000.00

 ** Tajaan adalah bermula daripada tarikh kuatkuasa Surat Tawaran sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

PENGURANGAN BAYARAN BALIK

1. Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.

2. Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;

  tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan

  - mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.

Tarikh Permohonan : 15 Mei - 14 Jun 2023