Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak
Syarat-Syarat Permohonan
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di negeri Perak.
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di negeri Perak tetapi beralamat di luar negeri Perak telah bermastautin di dalam negeri Perak lebih daripada 10 tahun.
- Status pemastautin perlu dikemukakan dan hendaklah disahkan oleh penghulu di daerah masing-masing.
- Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian sepenuh masa.
- Pemohon mestilah telah mendapat surat tawaran daripada pihak universiti awam/IPTS
- Pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya berbaki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian pada masa pembayaran kali pertama diterima
- Keutamaan diberikan kepada golongan B40
- Umur pemohon pada tahun semasa tidak melebihi 41 tahun
- Pemohon tidak boleh menerima apa-apa bentuk kewangan lain seperti biasiswa dan pinjaman daripada agensi lain
- Maklumat yang diberikan dalam permohonan hendaklah lengkap dan benar. Jika didapati maklumat yang diberikan adalah tidak lengkap atau palsu, pihak kerajaan negeri Perak berhak membatalkan permohonan.
Kadar Pinjaman Pengajian Dalam Negara
Diploma | RM5,000 setahun |
Ijazah Sarjana Muda | |
Bidang perubatan | RM10,000 setahun |
Bidang Sains/ Sastera/ IT | RM6,500 setahun |
Master | RM10,000 setahun |
Tempoh tajaan 2 tahun (bermula dari tarikh kemasukan universiti) | |
PhD | RM15,000 setahun |
Tempoh tajaan 3 tahun (bermula dari tarikh kemasukan universiti) |
Syarat-Syarat Tambahan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Luar Negara
Kelayakan Akademik
- SPM - 7A dan ke atas
- STPM - CGPA 3.75 dan ke atas
- STAM - Jayyid Jiddan dan ke atas
- Diploma - CGPA 3.75 dan ke atas
*Tertakluk kepada keputusan lembaga dan dasar yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa
Kadar Pinjaman Pengajian Luar Negara
Ijazah Sarjana Muda | |
Negara-negara Asia | RM10,000 setahun |
Lain-lain negara | RM15,000 setahun |
Tempoh tajaan 4 tahun (maksimum) |
Permohonan
- Tarikh buka permohonan: 1 Oktober 2024
- Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2024
Permohonan adalah secara dalam talian (online):
https://studyfund.perak.gov.my/
atau
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
05-209 5000 (Unit Pinjaman)