Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak

 

Objektif

Memberi kemudahan pinjaman pengajian tinggi kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang ditaja dan menyumbang kepada modal insan dan ekonomi Negeri Perak

 

1. IPT DAN KURSUS YANG DITAJA

  • Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTA.

** Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

 

  • Semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan Kolej Universiti dalam negara DAN Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di dalam Negeri Perak.

** Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

 

  • Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara (Ijazah Sarjana Muda) :
    i) Negara-negara Asia
    ii) Lain-lain negara


2. SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun;
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian sepenuh masa;
  • Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian pada masa pembayaran kali pertama diterima;
  • Keutamaan diberikan kepada Golongan B40;
  • Umur pemohon pada tahun semasa mestilah tidak melebihi 41 tahun.
    Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).     

** Status Pemastautin perlu dikemukakan dan hendaklah disahkan oleh Penghulu di daerah masing-masing.

** Pemohon tidak boleh menerima apa-apa bentuk kewangan lain seperti biasiswa dan
pinjaman daripada agensi lain.


** Maklumat yang diberikan dalam permohonan hendaklah lengkap dan benar. Jika didapati maklumat yang diberikan adalah palsu, pihak Kerajaan Negeri Perak berhak membatalkan permohonan tersebut dengan serta-merta.

3. SYARAT -SYARAT TAMBAHAN BAGI PENGAJIAN LUAR NEGARA

KELAYAKAN AKADEMIK

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - 7A dan ke atas
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) - CGPA 3.75 dan ke atas
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) - Jayyid Jiddan dan ke atas
  • Diploma - CGPA 3.75 dan ke atas

 

4. KADAR PINJAMAN

 

Bil

PERINGKAT PENGAJIAN

KADAR SETAHUN (RM)

1.

DIPLOMA

5,000.00

2.

IJAZAH SARJANA MUDA

2.1 Pengajian Dalam Negara :
• Bidang Perubatan
• Bidang Sains
• Bidang Sastera


2.2 Pengajian Luar Negara :
• Lain-lain Negara
• Negara-negara Asia
Tempoh tajaan 4 tahun (bermula dari tarikh
kemasukan Universiti)

10,000.00
6,500.00
6,500.00

 

 

10,000.00
15,000.00

3.

IJAZAH SARJANA (MASTER)

Tempoh tajaan 2 tahun (bermula dari tarikh
kemasukan Universiti)

10,000.00

4.

IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

Tempoh tajaan 3 tahun (bermula dari tarikh
kemasukan Universiti)

15,000.00

 

 

KADAR BAYARAN BALIK

 

Bil

JUMLAH PINJAMAN

ANSURAN BULANAN

1.

RM0.00 - RM10,000.00

RM150.00

2.

RM10,001.00 - RM20,000.00

RM200.00

3.

RM20,001.00 - RM30,000.00

RM250.00

4.

RM30,001.00 - RM40,000.00

RM300.00

5.

RM40,001.00 - RM50,000.00

RM350.00

6.

RM50,001.00 - RM60,000.00

RM400.00

7.

RM60,001.00 - RM70,000.00

RM450.00

8.

RM60,001.00 - RM70,000.00

RM500.00

** Setiap pinjaman RM10,000.00, kadar ansuran bulanan akan dinaikkan sebanyak RM50.00

 

6. PINJAMAN BOLEH UBAH

  • Pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang telah tamat pengajian dengan CGPA 3.75 dan ke atas boleh memohon untuk pengecualian bayaran balik pinjaman. Permohonan boleh dikemukakan kepada Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Walau bagaimanapun, pengecualian ini adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Lembaga
    Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Negeri Perak dari semasa ke semasa.

 

7. KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN

  1. BAYARAN SECARA TUNAI
    (a) Kaunter Bayaran di Unit Pinjaman Pengajian Tinggi, Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
    (b) Kaunter Unit Pinjaman Pengajian Tinggi LB 17 & 18, (UTC 26 & 28), Bangunan UTC Perak, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
  2. BAYARAN SECARA POS
    (a) Bayaran melalui Wang Pos/ Kiriman Wang/ Cek atau Bank Draf atas nama "BENDAHARI NEGERI PERAK".
  3. POTONGAN GAJI
    (a) Bayaran melalui Arahan Potongan Gaji dengan mengisi Borang Lampiran 'B' yang boleh didapati di Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak.
  4. ARAHAN KEPADA BANK (Standing Instruction/ Banker's Order) 
    (a) Boleh hubungi mana-mana bank simpanan individu yang menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah dibuat atas nama "BENDAHARI NEGERI PERAK".
  5. PENGELUARAN CARUMAN KWSP
    (a) Pengeluaran melalui Akaun 2 sahaja. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut di laman web http://www.kwsp.gov.my
  6. BAYARAN SECARA DALAM TALIAN (Online)
    (a) Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank2u. Layari http://www.maybank2u.com.my

 

  • Permohonan adalah secara dalam talian (online) : http://spptp.perak.gov.my
  • Sebarang pertanyaan lanjut hubungi kami di talian 05-2095000 (ext. Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak)