Program Khas JPA-MARA Tahun 2024


 

Program Khas JPA-MARA (PKJM) Tahun 2024 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pelajar Bumiputera cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama di dalam negara dan luar negara iaitu di negara Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat, India dan New Zealand dalam bidang-bidang berkaitan.

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

i. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;

ii. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;

iii. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan

iv. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

 

SYARAT PERMOHONAN

Calon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

3.1. Syarat Umum

(a) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;

(b) Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;

(c) Ibu dan / atau bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang
dalam tindakan undang-undang oleh JPA;

(d) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;

(e) Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan

(f) Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

PERMOHONAN

  • Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://www.mara.gov.my mulai 27 Mei 2024 (Isnin), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
  • Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dan Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK) yang akan dibuka mulai 27 Mei 2024 (Isnin), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP & IBK dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA-MARA Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
  • Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel lepasanspm2024@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).
  • Permohonan bagi calon yang ingin menggunakan hasil keputusan
    semakan semula SPM tidak akan dipertimbangkan sekiranya diterima
    selepas tarikh tutup permohonan iaitu pada 9 Jun 2024, 5.00 petang.

Mohon klik di sini untuk maklumat lebih lanjut.