Program Pinjaman Pengajian Tertiari (TESP 2021)


MARA mempelawa calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 untuk memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA (TESP 2021). Program ini terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).


PROGRAM YANG DITAWARKAN

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem & Rangkaian) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sistem Maklumat) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Media Visual) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Grafik & Multimedia) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Tenaga) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Bisnes Antarabangsa (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan dan Teroka Niaga.

 


 

SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK

  1. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang telah ditetapkan.
  2. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
  • Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:

Kategori Kelayakan

Pendapatan Bulanan

Pendapatan Bercukai Tahunan

Yuran Elaun Sara Hidup

RM12,000 dan ke bawah

RM150,000 dan ke bawah

Yuran sahaja

RM12,001 – RM20,000

RM150,001 – RM250,000

  1. Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
  2. Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
  3. Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  4. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

SYARAT AKADEMIK

Pelajar Baharu

  • Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf; 
  • Telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Januari 2021.

Pelajar Sedia Ada

  • Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
  • Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.

Lain-Lain Syarat

  • Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
  • Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.

 

PERMOHONAN

  • Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my bermula 28 Mei 2021 sehingga 11 Jun 2021. Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi. Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

 



TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan             : 28 Mei 2021
  • Tarikh tutup permohonan            : 11 Jun 2021

Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 Jun 2021 pada jam 11:59 malam. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel ke alamat; tesp@mara.gov.my.

 


PERTANYAAN LAIN

Pelajar Baru:

Nurrul Hidayah Bte Ismail
T : +6019-317 5202
E : nurrul@uniten.edu.my

 

Pelajar Lama:

PUTRAJAYA CAMPUS

Mr. Muhammad Uzair Bin Mohd Yunos
T : +6010-218 2249
E : uzair@uniten.edu.my

Ms. Nor Azira Bte Razalli
T : +6019-339 8810
E : norazira@uniten.edu.my

 

SULTAN HAJI AHMAD SHAH CAMPUS (KSHAS)

Mr. Rashid Ka’
T : +6013-2403203
E : rashidka@uniten.edu.my