Wakaf

 

Pengenalan Wakaf

 

Wakaf adalah salah satu kaedah taqarrub ilallah (mendekatkan diri dengan Allah) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah.

 


 

Sumber Kuasa

 

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) merupakan institusi penerima wakaf yang telah diluluskan penubuhannya oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), sebuah agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang juga mutawalli tunggal Negeri Selangor dalam pengurusan wakaf.

Dana Wakaf Ilmu (DWI) UNITEN telah ditubuhkan pada 5 Disember 2017 dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MoA) antara UNITEN dan PWS dalam merealisasikan kewujudan sebuah pusat wakaf di UNITEN. DWI-UNITEN diberi tanggungjawab bagi pengurusan dana ini melalui Jawatankuasa Pengurusan Bersama Dana Wakaf Ilmu UNITEN yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UNITEN sebagai Mutawalli (Pentadbir Wakaf) .

Penubuhan DWI-UNITEN ini adalah bertunjangkan kepada matlamat untuk membantu menyediakan satu sumber alternatif dana pendidikan kepada warga pelajar UNITEN sedia ada dan juga yang akan mengikuti pengajian di UNITEN.

 


 

VISI

Menjadi sebuah pusat Wakaf yang eksklusif ke arah melahirkan Profesional dalam memangkin pembangunan pendidikan.

MISI

Menjadikan DWI sebagai pusat professional yang mampu mewujudkan potensi dan manfaat wakaf untuk kepentingan dan pembangunan akademia

 


 

 

Jenis Wakaf dan Cara Untuk Berwakaf

 

 

 

 

Wakaf Tunai

 

 

 


 

 

 

 

 

 

Wakaf Al-Quran

 

 

 

 

 

 

 

Wakaf Al-Siyannah (TV Info LCD)

 

 

 


 


 

 

 

 

Wakaf Al-Siyannah (Mesin Pembersih Automatik)

 

 

 


 

 

Rukun Wakaf

 

  • Wakif - Pihak yang mewakafkan
  • Mauquf Alaih - Pihak yang menerima wakaf
  • Mauquf - Harta yang diwakafkan
  • Sighah - Penyataan wakaf sama ada secara lisan, tulisan atau isyarat

 

 

Hikmah Berwakaf

 

  • Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT
  • Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Menikmati manfaat bersama dalam kalangan masyarakat
  • Mendapat kebajikan yang berkekalan di dunia dan akhirat