BIASISWA PELAJARAN TAZU (BPT) 2023

Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti program pengajian asas di UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN).

PERINGKAT PENAJAAN DITAWARKAN

Peringkat Asas di UNITEN-Kemasukan ­Semester Khas, 2022/2023 (Julai 23)

 

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAJA

Biasiswa Pelajaran TAZU oleh TAZU menaja pelajar yang mengikuti semua program Peringkat Asas di UNITEN

 

SYARAT KELAYAKAN BPT

Tawaran Biasiswa Pelajaran TAZU dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Menggunakan keputusan SPM bagi tahun 2022.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 5A.
  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera Sabah / Sarawak dan warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  • Mendapat tawaran pengajian tanpa syarat daripada UNITEN dan bidang pengajian yang tersenarai dalam UNITEN.
  • Pemohon belum mempunyai kelayakan akademik setaraf dengan pengajian yang dipohon.
  • Belum mendapat bantuan kewangan / tajaan dari mana – mana agensi bagi pengajian diperingkat yang sama.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana – mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang – undang Negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana – mana institusi pengajian atas masalah akademik / disiplin bagi pengajian diperingkat yang sama.
  • Ibu/Bapa/Penjaga pelajar bebas daripada senarai hitam atau tindakan undang-undang.

CARA MEMOHON

Layari laman sesawang TAZU untuk permohonan:

https://amanahuniten.my/biasiswa/

PERMOHONAN AKAN DIBUKA MULAI 1 JUN 2023 SEHINGGA 30 JUN 2023!

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan melalui emel ke tazu@uniten.edu.my atau hubungi terus ditalian 03-89212034.