BIASISWA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI – ATLET CEMERLANG IPT 2024


 

Biasiswa ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Sukan Negara (MSN). Penerima Biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan :
  1.1 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah)
  1.2 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama
  1.3 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma
2. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.
3. Tidak menerima sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana institusi/ agensi kerajaan/ swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
4. Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi atau berpendapatan tetap.
5. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.
6. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu:
  6.1 Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
  6.2 Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.
7. Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dan sekurang-kurangnya mendapat pingat di Sukan Malaysia (SUKMA) atau di Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau pingat emas di Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT).

 

ELAUN DAN KEMUDAHAN

1. Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
2. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
3. Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan.

Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa) RM12,000 setahun
Kategori 2 (Atlet Senior/ Junior Antarabangsa) RM6,000 setahun
Kategori 3 (Atlet Kebangsaan) RM3,000 setahun

4. Perlindungan insurans sukan.

KAEDAH PERMOHONAN

1. Permohonan dibuka secara atas talian bermula pada 14 hingga 27 Mei 2024.
2. Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi Kementerian di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/
3. Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA dan DIWAJIBKAN
memuat naik Surat Tawaran Pengajian dan dokumen sokongan seperti surat pengesahan Majlis Sukan Negara atau pengesahan penyertaan kejohanan.
4. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 10 Julai 2024 (tertakluk kepada pindaan).
5. Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa bersama
SATU (1) salinan cetakan permohonan dan surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan
oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan IPT dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa
menghadiri temuduga.
6. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:


SEKSYEN SUKAN
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 2, NO.2, MENARA 2
JALAN P5/6 PRESINT 5
62200 W.P. PUTRAJAYA


(u.p : En. Salehudin Bin Mohamed / Puan Noor Liyana Binti Abd Yusof)

No. Telefon: 03-8870 6639 / 5188

Faks: 03-8870 6824

Aplikasi Whatsapp: 011-3518 0013

Emel: salehudin@mohe.gov.myliyana.yusof@mohe.gov.my