SUMBANGAN AWAL PENGAJIAN by Dana Waqaf Ilmu
Sumbangan Awal Pengajian adalah salah satu bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh UNITEN melalui Dana Wakaf Ilmu. Sumbangan ini adalah hasil keuntungan/hibah melalui kutipan wakaf tunai dan wakaf projek khas daripada penyumbang yang terdiri dari staff UNITEN/TNB, Alumni UNITEN dan masyarakat setempat.
Sumbangan Awal Pengajian berjumlah RM300.00 merupakan bantuan sementara yang disediakan untuk membantu perbelanjaan pelajar sebelum pelajar mendapat penajaan atau bantuan kewangan yang lain. Sumbangan ini akan diberikan kepada pelajar baharu pada awal semester pengajian.
Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia (terbuka kepada pelajar muslim dan bukan muslim).
- Pelajar baharu pengambilan September 2024 yang sudah berstatus aktif bagi program Asasi/Diploma/Sarjana Muda.
- Telah membayar Yuran Pendaftaran dan sudah menjadi pelajar berstatus aktif semasa tarikh tutup permohonan.
- Kelulusan penerima sumbangan adalah tertakluk kepada had kifayah yang ditetapkan oleh UNITEN. Tempat adalah terhad.
- Tarikh akhir permohonan sumbangan bagi pengambilan September 2024 ialah pada 21 Oktober 2024.
- Dengan mengisi borang permohonan ini, pemohon membenarkan DWI untuk menggunakan dan memproses data peribadi selaras dengan 'Personal Data Protection Act 2010' (PDPA).
Tarikh permohonan:
21 September - 21 Oktober 2024
Permohonan boleh dibuat melalui link berikut:
Pelajar baru program Asasi/ Diploma/ Sarjana Muda Pengambilan September 2024
https://apply.uniten.edu.my/uniapps/ > Log In Applicant > Financial Aids Application
Pelajar lepasan Asasi/ Diploma yang mendaftar program Sarjana Muda Pengambilan September 2024
Link INFO365: https://info365.uniten.edu.my/info365 > Menu Financial Assistance > Sumbangan Awal Pengajian > Click link Apply for Sumbangan Awal Pengajian (DWI) > Isi form dan click submit application