MARA Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP 2024)


MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar lepasan asasi / STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.


PROGRAM YANG DITAWARKAN

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem & Rangkaian) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sistem Maklumat) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Grafik & Multimedia) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Tenaga) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Bisnes Antarabangsa (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan dan Teroka Niaga.

SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan: https://educationloan.mara.gov.my/ bermula 20 Mac 2024 hingga 01 April 2024, 11.59 malam.
  2. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang telah ditetapkan.
  3. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA akan menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman ini pada bila-bila masa.
  4. Permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja akan diproses.

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
  3. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:

Kategori Kelayakan

Pendapatan Bulanan

Pendapatan Bercukai Tahunan

Yuran & Elaun Sara Hidup

RM12,000 dan ke bawah

RM150,000 dan ke bawah

Yuran sahaja

RM12,001 - RM20,000

RM150,001 – RM250,000

  1. Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenarai hitam oleh MARA.
  2. Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
  3. Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  4. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

SYARAT AKADEMIK

  1. Pelajar Baharu
  • Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf;
  • Telah mendapat tawaran dan mendaftar di UNITEN bermula Januari 2024.
  1. Pelajar Sedia Ada
  • Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
  • Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
  1. Lain-Lain Syarat
  • Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
  • Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi
    kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.

CARA MEMOHON

  1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di https://educationloan.mara.gov.my/ bermula 20 Mac 2024 hingga 01 April 2024, 11.59 malam.
  2. Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi.
  3. Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
  4. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad

 

 



TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan             : 20 Mac 2024
  • Tarikh tutup permohonan            :  01 April 2024

Tarikh tutup permohonan ialah pada 01 April 2024 pada jam 11:59 malam.

Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

 


PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel tespglumi@mara.gov.my atau klik di sini untuk maklumat lanjut.

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Pelajar Baru:

Nurrul Hidayah Bte Ismail
T : +6019 - 317 5202
E : nurrul@uniten.edu.my

Dr. Syahidatul Khafizah Mohd Hajaraih
T : 03-89212020 ext. 7137
E : khafizah@uniten.edu.my

Pelajar Lama:

PUTRAJAYA CAMPUS

Mr. Muhammad Uzair Bin Mohd Yunos
T : +6010 - 218 2249
E : uzair@uniten.edu.my

Mr. Khairil Ezzham bin Azeme
T : +6 017 3060 258
E : ezzham@uniten.edu.my

 

SULTAN HAJI AHMAD SHAH CAMPUS (KSHAS)

Mr. Rashid Ka’
T : +6013 - 2403203
E : rashidka@uniten.edu.my