Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)


 

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2024.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Tenaga Nasional secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).


PROGRAM YANG DITAWARKAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas daripada sebarang penyakit kronik serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  5. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
  2. Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan; dan
  3. Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

 

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:


(i) Pelajar telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurangkurangnya PNGK 3.30 (bidang selain Kejuruteraan);
atau
(ii) Pelajar bidang Kejuruteraan yang telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.00; dan
(iii) Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

 

Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA. Bidang-bidang yang
dimohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).



MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti
berikut:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima
    sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima
    sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
    setelah tamat pengajian; dan
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

 

CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di
https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/ bermula 29 Februari 2024 (10.00 pagi) hingga 7 April 2024 (jam 11.59 malam). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat


 

 

Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di
http://www.jpa.gov.my atau https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/. Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) bagi maklumat lanjut berhubung
program yang ditawarkan.

 


TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan - 29 Februari 2024 (Khamis).
  • Tarikh tutup permohonan - 7 April 2024 (Ahad).
  • Jangkaan Keputusan - *Minggu Keempat September 2024
  • Sesi Mula Tajaan - September 2024


PERTANYAAN

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 2, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Pertanyaan Penajaan
W: 9:00 pagi - 4.30 petang
T: 03-8885 3297 

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat melalui e-mel di alamat pidn2023@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).